Search

Admin faham- ramai yang sibuk skrol-skrol baca FB ...

  • Share this:

Admin faham- ramai yang sibuk skrol-skrol baca FB ini bukan semua jenis yang nak ubah hidup, tahap kewangan dan nak lihat peningkatan dalam bisnes sendiri tapi semoga satu lagi perkongsian salah seorang #AnakDidikDrAzizanOsman ini menjadi inspirasi kepada mereka yang perlukan!
=====================
MY RAYA STORY 2018

Alhamdulillah raya tahun 2018 saya syukur sangat sebab rasa macam dah ada segala-galanya. Raya ke 3 tahun ni adalah hari jadi saya yang ke 39. Bila isteri tanya apa yang saya nak? saya tak tahu nak minta apa sebab saya rasa saya dah ada segala-galanya.

Saya ada isteri yang cantik jelita, 2 orang anak lelaki yang sangat baik, sepanjang 12 tahun buat bisnes kereta sewa, saya dan isteri sempat beli 6 hartanah bernilai RM4 juta. Kami ada rangkaian bisnes kereta sewa seluruh Malaysia. Pendapatan kereta sewa pun konsisten 6 angka setiap bulan.

Hidup saya sekarang ni sangat selesa, tapi dulu saya tak macam ni. Dulu saya hanya seorang tutor saja di sebuah universiti di Sarawak. Gaji paling tinggi RM3.5K sebulan. Saya ingat, bila dah belajar tinggi-tinggi, boleh hidup senang lenang, tapi saya silap.

Hidup saya sangat teruk, bila dapat gaji, bayar itu ini, duit habis dalam masa 2 minggu saja. Nak bagi duit kat family memang tak ada. Rasa betul-betul loser masa tu. Belajar saja tinggi, tapi duit memanjang tak ada.

Masa bekerja dulu, kawan-kawan kebanyakannya negatif, termasuk la saya juga. Setiap pagi bila minum di kantin, kami semua asyik membawang saja, ha ha. Orang tu salah, orang ni salah, diri sendiri semuanya suci murni.

Surat layang tok sah kira, tiap bulan mesti ada yang keluar (bukan saya yang tulis). Sampai saya pun pernah kena fitnah makan rasuah, habis dicanang dalam meeting, geram betul.

Masa bekerja dulu, saya ni jenis rajin bekerja, bila diberi tugasan, memang saya akan buat habis-habisan, tapi bila kita kerja rajin sangat, ada la orang yang tak senang duduk, mula la buat cerita itu ini.

Pada mereka kalau rajin sangat ni mesti ada udang di sebalik batu. Lama-lama saya pun naik fed up, makin saya kuat bekerja, makin banyak masalah yang datang. Yang tak buat kerja, hidup aman damai.

Jadi saya ambil keputusan untuk fokus hal saya sendiri, bos suruh buat, saya buat, bos tak suruh buat, saya tak buat, "Never Try Never Fail" ha ha itu motto saya yang baru.

Hujung tahun 2006 saya mulakan bisnes kereta sewa. Apa nak buat, nak kerja kat universiti pun dah tak semangat. Setiap hari saya hanya fikir tentang bisnes kereta sewa. Alhamdulillah bisnes mula grow, daripada 2 buah kereta bertambah jadi 70 buah kereta dalam masa 4 tahun.

Tahun 2011 saya decide untuk berhenti kerja. Masa tu boleh dikatakan saya dah financial freedom, setiap bulan saya simpan RM10K dalam ASB. Kalau bercuti, saya boleh belanja RM1K sehari, beli saja apa yang saya nak. Duit tak ada masalah, hari ni belanja, esok duit ada lagi.

Tapi hidup saya kosong, solat entah ke mana, Saya jadi sorang yang sangat panas baran. Kesian anak-anak sebab selalu jadi mangsa kena marah. Hari-hari saya asyik termenung, macamana saya nak kembangkan lagi bisnes.

Selama ni saya buat bisnes tak ada mentor, main langgar saja. Income masa tu dah cecah RM100K sebulan, tapi hidup sangat stress. Macam-macam saya usaha tapi income macam stuck saja.

Tahun 2012, saya mula belajar dengan Dr Azizan Osman (DAO), kelas RM50 saja Jutawan Industri, dalam kelas tu beliau ajar bagaimana nak jadi leader dalam industri, saya belajar tentang bersyukur, banyakkan sharing tentang bisnes kita, tulis buku, buat blog, video dan sebagainya.

Alhamdulillah sekarang ni saya memang leader dalam bisnes kereta sewa. Sebut saja pasal bisnes kereta sewa, nama saya akan keluar. Daripada kelas RM50 tu isteri dapat beli rumah berharga RM680K, hanya apply ilmu bersyukur.

Tahun 2014, kami teruskan belajar dalam kelas IMKK dan terus daftar program platinum. Kami cuba perbaiki diri sendiri dan berikan manfaat kepada seramai mungkin orang. Alhamdulillah Income terus mencanak naik daripada RM1 juta kepada RM5 juta setahun.

Dulu saya tak jaga solat, sejak masuk kelas DAO saya mula jaga solat. Masa kahwin dulu saya jahil, sekarang ni saya cuba jadi orang islam yang lebih baik.

Tahun 2018 Alhamdulillah saya sekeluarga dapat pergi umrah private. Raya tahun 2019 saya plan nak mengerjakan umrah masa bulan puasa, kemudian travel ke Europe kejap dan balik ke Malaysia untuk ziarah adik beradik. Insya Allah.

Sepanjang buat bisnes, kami bukan saja berjaya ubah diri sendiri, kami juga dapat sediakan peluang pekerjaan kepada adik beradik, Ibu dan bapa mertua saya bawa tinggal bersama dan duduk di rumah yang lebih selesa. Setiap bulan dapat menderma dan bayar zakat perniagaan.

Kami juga dapat sediakan peluang perniagaan kepada lebih 50 orang licensee. Ada yang dulu bekerja makan gaji, kini dah jadi usahawan kereta sewa sepenuh masa. Ada yang dah jana pendapatan RM30K - RM40K sebulan.

Alhamdulillah saya tak fikir semua ni saya dapat capai tanpa tunjuk ajar daripada DAO. Kalau ikutkan saya dah selesa, tapi saya masih nak belajar, sebab saya rasa masih banyak orang yang saya boleh bantu.

Bila join Titanium Circle, adoi rasa terbakar pula, ingatkan sales RM5 juta setahun dah power, tapi sebenarnya itu ciput saja. Mentor terus push untuk touch RM10 million dan RM100 million setahun.

Berasap kepala, tapi Insya Allah saya cuba break my first RM10 million dan next RM100 million per year. Doakan saya berjaya capai target tu supaya dapat berikan manfaat kepada lebih ramai orang, Insya Allah.

Kredit:
Wahi Abd Rashid Founder Syarikat Pengurusan Sewa Kereta, Green Matrix

P/S Jika anda kenal sesiapa yang ada rasa nak dibimbing untuk perbaiki kehidupan dan tahap kewangan, Richworks sedang menaja 10,000 tiket untuk hadir ke IMKK pada 2-4 November 2018 (Sementara masih ada) PM & Komen #NakIMKK


Tags:

About author
not provided
Entrepreneur | Investor | Business Growth Mentor to 600+ SMEs = Total Annual Sales of RM2.0B++|
View all posts